Nabihah Said
Follow

The Journey Begin!
August 5, 2014 | 8/05/2014 09:59:00 AM | 1 comments
Gateway to the garden knowlegde and virtue~
Nyanyi lagu cfs hahaha.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Harini genap 2 bulan jadi cfs iium student. Dah 2 bulan baru nak update blog. Lambat bebenor lorh. Hehe.

Cabaran, dugaan takyah cakap lah kan. Of course banyak tak terkira kan. Yela first time berjauhan dengan family. Experience pertama terseliuh kaki sebab jatuh tangga lah haha. Alhamdulillah ada Ain, Syafik, roommates tolong aku adjust benda2 kat sini. Luckyly dapat satu bilik dengan Ain. Takde lah rasa homesick sangat even ada jugak lah jugak homesicknya haha. Syafik and Amira pun dapat satu mahallah and level sama. Illyka and Ain Najwa punya mahallah pun sebelah menyebelah je dengan mahallah kitorang. So kerap lah dapat jumpa. Iftar sama-sama hehe.

Taaruf week kat sini memang memorable. Sangat best. Ingatkan pack jadualnya tapi sangat lah tak. Siap boleh tidur lama lagi tu haha. Yang paling best program Night of Bia'ah Ceremony. Bukan main semangat gila nyanyi lagu cfs even dalam bilik pun masih melalak lagu tu hahaha. Commitee taaruf week pun sabar gila dengan kitorang yang masih mentah. Baik-baik je dorang. Takde yang garang melebih.

Yang tak boleh tahan tu, dah lah bilik sama dengan Ain, kos pun sama, bole pulak kelas pun sama. Kelas bahasa arab je aku 'dihalau' oleh madam disebabkan kelas lain kekurangan pelajar. Yang paling best, jumaat just ada kelas pagi je. Boleh lah balik awal. Muehehehe. Dah lama start kelas and of course lah nama pun UIA. Haruslah speaking all the time. Awal-awal tu terlopong jugak lah. Blur-blur gituu. Ada seorang madam cakap time taaruf week, UIA ni tersangat lah poyo nak speaking bi je tahunya. So kitorang pun sama lah harus mem-poyo-kan diri speak english. Well~ hahaha.

And akhirnya. Dulu aku rasa aku sorang je yang pelik. Perempuan gila photoshop. Alhamduillah kat sini, ramai jugak perempuan minat photoshop. Yela masuk CMC (Creative Multimedia Club) kann. Semua yang join tu kepala-kepala game, photoshop dan seangkatan dengannya, memang lah jumpa yang sekepala haha. Last-last dapat jadi commitee dalam club tu alhamdulillah walaupun awkward gila kann.

Even dah 2 bulan kat sini, tak pernah lagi jalan-jalan sekitar sini. Dorang yang lain dah pegi Jaya One lah, Mid lah. Aku paling koman pun pegi pasar malam yang betul-betul sebelah dengan cfs ni ha haha. Lagi-lagi time puasa ni. Penat dengan kelas lagi, pastu setiap minggu balik rumah. Memang takde masa yang sesuai lah nak jalan-jalan kan. Ceh balik setiap minggu tu tak boleh tahan tu hahaha.

Alamak terpanjang lah pulak. Dah lama tak menaip kat sini kann. Habis semua cerita keluar. Hehe. Okay bye. Assalamualaikum!

The Night of Bi'ah Ceremony.
p/s: Time ni Ain Najwa tak masuk lagi.



← Older Post
Welcome

Assalamualaikum, thanks for the visit and do come again :)

About Links Entries
Tagboard
Be nice please? Thank you!