The Journey Begin!
August 5, 2014 | 8/05/2014 09:59:00 AM | 1 comments
Assalamualaikum.
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Harini genap 2 bulan jadi cfs iium student. Dah 2 bulan baru nak update blog. Lambat bebenor lorh. Hehe.
Cabaran, dugaan takyah cakap lah kan. Of course banyak tak terkira kan. Yela first time berjauhan dengan family. Experience pertama terseliuh kaki sebab jatuh tangga lah haha. Alhamdulillah ada Ain, Syafik, roommates tolong aku adjust benda2 kat sini. Luckyly dapat satu bilik dengan Ain. Takde lah rasa homesick sangat even ada jugak lah jugak homesicknya haha. Syafik and Amira pun dapat satu mahallah and level sama. Illyka and Ain Najwa punya mahallah pun sebelah menyebelah je dengan mahallah kitorang. So kerap lah dapat jumpa. Iftar sama-sama hehe.
Cabaran, dugaan takyah cakap lah kan. Of course banyak tak terkira kan. Yela first time berjauhan dengan family. Experience pertama terseliuh kaki sebab jatuh tangga lah haha. Alhamdulillah ada Ain, Syafik, roommates tolong aku adjust benda2 kat sini. Luckyly dapat satu bilik dengan Ain. Takde lah rasa homesick sangat even ada jugak lah jugak homesicknya haha. Syafik and Amira pun dapat satu mahallah and level sama. Illyka and Ain Najwa punya mahallah pun sebelah menyebelah je dengan mahallah kitorang. So kerap lah dapat jumpa. Iftar sama-sama hehe.
Taaruf week kat sini memang memorable. Sangat best. Ingatkan pack jadualnya tapi sangat lah tak. Siap boleh tidur lama lagi tu haha. Yang paling best program Night of Bia'ah Ceremony. Bukan main semangat gila nyanyi lagu cfs even dalam bilik pun masih melalak lagu tu hahaha. Commitee taaruf week pun sabar gila dengan kitorang yang masih mentah. Baik-baik je dorang. Takde yang garang melebih.
Yang tak boleh tahan tu, dah lah bilik sama dengan Ain, kos pun sama, bole pulak kelas pun sama. Kelas bahasa arab je aku 'dihalau' oleh madam disebabkan kelas lain kekurangan pelajar. Yang paling best, jumaat just ada kelas pagi je. Boleh lah balik awal. Muehehehe. Dah lama start kelas and of course lah nama pun UIA. Haruslah speaking all the time. Awal-awal tu terlopong jugak lah. Blur-blur gituu. Ada seorang madam cakap time taaruf week, UIA ni tersangat lah poyo nak speaking bi je tahunya. So kitorang pun sama lah harus mem-poyo-kan diri speak english. Well~ hahaha.
And akhirnya. Dulu aku rasa aku sorang je yang pelik. Perempuan gila photoshop. Alhamduillah kat sini, ramai jugak perempuan minat photoshop. Yela masuk CMC (Creative Multimedia Club) kann. Semua yang join tu kepala-kepala game, photoshop dan seangkatan dengannya, memang lah jumpa yang sekepala haha. Last-last dapat jadi commitee dalam club tu alhamdulillah walaupun awkward gila kann.
Even dah 2 bulan kat sini, tak pernah lagi jalan-jalan sekitar sini. Dorang yang lain dah pegi Jaya One lah, Mid lah. Aku paling koman pun pegi pasar malam yang betul-betul sebelah dengan cfs ni ha haha. Lagi-lagi time puasa ni. Penat dengan kelas lagi, pastu setiap minggu balik rumah. Memang takde masa yang sesuai lah nak jalan-jalan kan. Ceh balik setiap minggu tu tak boleh tahan tu hahaha.
Alamak terpanjang lah pulak. Dah lama tak menaip kat sini kann. Habis semua cerita keluar. Hehe. Okay bye. Assalamualaikum!
The Night of Bi'ah Ceremony.
p/s: Time ni Ain Najwa tak masuk lagi.
Terimalah Daku.
December 11, 2013 | 12/11/2013 06:38:00 PM | 0 comments
Kan tiba satu hari,
kau ditemukan olehNya akan suatu jalan,
yang dihujungnya kau melihat terdapatnya janji-janjiNya yang benar.
Namun begitu,
engkau melihat jalanNya yang itu,
penuh duri dan batu-batu yang tajam lagi menyakitkan.
Dan engkau tersenyum bahagia,
mensyukuri nikmat kurniaanNya.
Engkau berlari dengan penuh semangat,
meredah duri dan batu-batu yang kian merobek tubuh engkau-engkau,
berlumuran darah engkau membasahi bumi yang ditinggalkan.
Tapi engkau tetap tersenyum,
kaki engkau berderap di atas bumi,
tetapi engkau seolah-olah sedang terbang tinggi,
dan tinggi dan tinggi lagi,
menuju ke arahNya Yang Maha Kekal.
Dan di penghujung jalan itu,
engkau rebah tersenyum,
kerna engkau tahu,
inilah tempat rehat engkau yang sebenar.
Aku sudah pulang, wahai Tuhanku,
terimalah daku.
- Buku Aku Hamasah As-Syabab
Afiq Sazlan
Afiq Sazlan
Its geting near!
September 14, 2013 | 9/14/2013 01:29:00 AM | 2 comments
Assalamualaikum.
Alhamdulillah semalam dah selesai trial. Last kertas, add math. Memang sangat-sangat mencabar. Dengan tak sempat rehat lagi. Pelik pun ada jugak. Kelas kitorang je ada. Dewan kosong kot. Overall memang susah. Macam takde satu pun paper yang dapat A. Haih. Entah macam mana lah result nanti. Semakin lama semakin dekat SPM. Harap-harap semakin rajin aku nak belajar. haha. Mudah-mudahan. Amin.
Tak silap aku, lagi 2 minggu kan nak PMR. Good luck untuk junior-juniorku! Jawab elok-elok nanti. Nervous tu biasalah, orang lain pun pernah nervous nak amek PMR tapi insyaAllah boleh. Macam aku cakap dengan diri sendiri je. haha. Yang amek SPM tahun ni pun, good luck! Jom tingkatkan hubungan dengan Allah dan ulangkaji? Hee. And and aku rasa aku takkan update blog lagi kot sampai habis SPM. Melainkan ada special events. hehe.
Assalamualaikum."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." [Surah Ar-Ra'd:11]
Setelah Sekian Lama
June 15, 2013 | 6/15/2013 07:41:00 AM | 0 comments
Credit to Tumblr
Alhamdulillah masih boleh menaip di blog. Ya Allah lama sangat sangat tak update blog. Busy dengan perkara tak penting tu memang banyak haha.
Alhamdulillah once again, hari ni dapat sambut Ain, Bal dengan Alia tapi Alia tak join hari ni. Ramai sebenarnya yang tak datang hari ni. Maisara takde, Nana takde, Alia takde, ada lah lagi. Kami sambut dengan Kak Nisa. Thanks to Kak Nisa belanja kami kek. Alhamdulillah semua kek-kek yang Kak Nisa pernah bawak buat aku takde lagi yang mengecewakan. Semuanya ermmmm *thumbs up* hehe.
p/s: to Faiqah, akak dah kenal Azhar Hilmi tuuuu. Dia member Langit Ilahi. Patut ah muka 'hensem' tu familiar, pernah tengok video Qawiem Khairi of Langit Ilahi ada Azhar Hilmi tu hehe. And and jangan lupa pasal Hamasah As-Syabab kay? ngeeee. hahaha
Sedaya upaya aku buat gambar kedua tu jadi kecik? Err... berjaya tak?
Okay bila aku agak agak aku ada masa terluang insyaAllah akan update lagi. Assalamualaikum.
For The First Time! Wootttt
March 9, 2013 | 3/09/2013 03:26:00 AM | 3 comments
Dah lama tak update blog. Okay tak kesah pun haha.
Tadi kan aku join usrah! Huh. Finally, selepas 2 kali usrah terpaksa skip sebab takde transport. And hari ni pun ada jugak ujian yang perlu aku tempoh tapi takpe sebab overall alhamdulillah best! Dari pagi kot tercongok kat masjid tu, nampak tak semangatnya kami hari ni haha takde lah. Jealous tengok dorang qiam kat rumah Illyka semalam. Bila tengok dorang amek gambar segala, lagi lah. Haih.
Aku, Pyka, Alia dengan Farzana budak usrah baru, nasib baik takde sesi taaruf. //sorry, agak tak suka bila taaruf, sebab aku malu hahaha. Tajuk hari ni pasal riak. Yes of course lah terasa. Ni lah salah satu dugaan besar yang perlu dihadapi orang baru merangkak dalam alam ni. Susah nak elak. Kak Nisa kata cepat-cepat istighfar bila ada orang puji. Bukan tanak terima pujian tu, just nak luruskan hati kita dari riak and tanak syaitan lagi datang hasut kita.
Tadi kitorang sambut birthday Kak Nisa dengan Maisara. Kak Nisa beli kek. Whipped creamnya tak muak, sedap makan dengan satay. Okay abaikan haha. Inche Gabbana selalu cakap bila first time tengok geng-geng usrah dia, terus jatuh sayang kat dorang. And for the first time aku dapat rasa macam tu. Rasa sayang. And lagi satu, dorang tu kawan aku jugak mestilah lagi ketat-ketat aku sayang! haha. Btw, Faiqah and Ain, thanks for the pictures. *wink*
Assalamualaikum.Berimankah kita?
January 25, 2013 | 1/25/2013 05:34:00 AM | 0 comments
Kadang-kadang aku terfikir sejenak, bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah dulu boleh tabah, kuat melawan musuh-musuh Islam, tomahan dari orang kafir, seksaan demi seksaan. Padahal kita, umat akhir zaman ni, baru ditolak bahunya sedikit, dah nak jatuh, lemah, rasa penat dengan dugaan Allah, rasa putus asa dengan rahmat Allah.
Jawapannya,
Keimanan kepada Allah.
Lemah sangat iman kita. Allah baru gertak sikit, kita dah putus asa. Murung tak tentu pasal. Terasa nak bunuh diri. Allah mahu berikan kita Syurga tapi kita tolak, malah kita ambil jalan ke Neraka. Nau'zubillah. Iman dalam diri seorang muslim tu amat penting. Hanya dengan iman akan menjadi pemangkin kepada jati diri mukmin sebenar di sisi Allah ibarat cahaya yang menerangi terowong gelap yang dilalui setiap manusia.
"Aliff Laam Miim. Adakah mereka sangka mereka akan dibiarkan dengan berkata, 'Kami beriman' dan tidak akan diuji...?"
[al-Ankabut, 29:1-2]
Another year has passed
December 31, 2012 | 12/31/2012 09:03:00 AM | 6 comments
Assalamualaikum.
Calm down and face 2013 excitedly! hahahaha
Intro yang onehundredpercent pelik.
Abaikan.
Alhamdulillah. Segala pujian hanya untuk Allah kita dapat hidup lagi dan diberi peluang Allah untuk bertaubat. Allah gave us His mercy for us to change because He want to give us Jannah :) So sweeeeeeettt. And and tahun depan kitorang dah jadi Kak Long. haha geli. Tanggungjawab tinggi tuuuu. //ceh perasan kejap. Hey hey tanggungjawab tu yang gerun. Tak pasal-pasal tak boleh jawab kat depan Allah -.- Nau'zubillahiminzalik. Nasib baik tanggungjawab aku tak sebesar tanggungjawab Pyka dengan Ain. Huh. Tak sanggupppp rasanya.
SPM.
Gembira. Gerun. Terkejut. Gementar. Menangis. Waaaaaaaaaaaaaa! //lumrah perempuan yang beremosi terlebih.
Tahun depan kena lebihkan usaha. Tak duduk depan laptop duapuluhempatjam. Lepas SPM duduk lah depan laptop ni puas-puas. Takde sape halang haha. Err diri dah tak sabar nak habis SPM, padahal masuk sekolah as form 5 pun belum haha. Doakan kitorang terbaik. Bukan akedemik je, rohani pun sama. Doakan kitorang tak lupakan Allah, behave depan cikgu, tak buat masalah macam-macam, tak mempergunakan junior yang mentah jugak. haha. okay just joking.
Assalamualaikum.
Tidak Terkenal di Bumi tapi Terkenal di Akhirat
December 5, 2012 | 12/05/2012 04:40:00 AM | 0 comments
Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan. Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya. Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam. Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais. Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais. Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W. Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang. Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."
Credit to iluvislam
Cuti
November 30, 2012 | 11/30/2012 04:14:00 AM | 0 comments
Subhanallah. Boleh ke kita jadi macam dorang? T.T
Assalamualaikum.
New look! Actually dah lama aku edit ni kat blog lagi satu tapi baru je semalam masukkan dalam blog ni. Selalunya aku edit blog sampai 2 hari tapi yang ni sehari suntuk je. First time kott haha. Nak masukkan code navi tu ya Allah susah sangat. Okay dah.
Haritu kitorang ada pergi forum kat UiTM Shah Alam. Tajuknya, 'Aku Fashionista' ada Ustazah Fatimah Syarha. Subhanallah cantik gila dia. Nasib baik dapat tempat paling center tapi tak depan sekali lah. Dapat lah tenung dia jugak hahaha. Time balik tu ada jualan kat bawah, ada pula novel dia kat situ. Aku pun beli Cinta High Class. Tu pun gaduh-gaduh dengan dorang. Nak baca tapi tanak bayar. Bagus sangat lah tu. //Tak terkecuali aku haha. tapi aku sacrifice diri aku untuk beli. Yang lain mulalah gedik-gedik dengan aku nak pinjam haha.
Jujur aku cakap, aku jenis yang malas nak baca buku kecuali novel. Baca buku teks sejarah tu pun malas. Bila aku baca novel Cinta High Class dengan Cintaku kerana Agamamu, banyak ilmu aku dapat. Lagi-lagi Cinta High Class, banyak tersentap woo haha. Memang best dua-dua novel. Dr Muslih so sweet sangat then Qani'ah, aku berazam nak jadi macam dia InsyaAllah haha. Serious best sangat2. Aku rasa bagus baca Cinta High Class sebab aku pun nak masuk form 5 tahun depan and permulaan story Qani'ah tu time dia form 5 so boleh terapkan kot. Berazam tinggi. Serious bersemangat aku nak jadi form 5 lepas baca tu haha.
Time ni err masa tak sesuai untuk amek gambar kot disebabkan muka ustazah agak pelik.
Finallyyyy.... Susah beno nak suruh Biha amekkan gambar kitorang.
Okay tu je sebenarnya.
Assalamualaikum.
Feelingless
November 20, 2012 | 11/20/2012 09:12:00 PM | 12 comments
Assalamualaikum.
Alhamdulillah exam SMA dah habis. Overall memang susah sebab aku liat nak hafal. Amat liat. Ni tak boleh dikategorikan sebagai tawakkal sebab tak usaha pun haha. Nanti jangan tanya result aku macam mana. Lagi satu, selalunya lepas exam mesti orang rasa merdeka, rasa bebas macam nak terbang dengan burung dekat angkasa biru. err. tapi aku tak. Maybe sebab aku tak usaha sungguh-sungguh kot. Online pun setiap hari macam orang dah takde kerja nak dibuat. Paling annoying bila kita tahu kita dah lambat untuk hafal and kita baru hafal sikit then tetibe ada something berlaku menyebabkan hilang terus mood untuk hafal. Great!
Aku rasa keputusan SMA aku kena gantung kejap sebab aku tak bayar lagi buku twitter BI aku. Aku ingat dah bayar tengok-tengok belum. Pyka dengan Hana dah bayar. Entah bila dorang bayar pun aku taktau. Asyik tangguh je nak bayar sampai habis sekolah and teacher dah tak datang sekolah dah. Lagi satu buku teks al-azhar aku belum pulang. Ustaznya bukan nak bagitahu hari Rabu tu tengok-tengok dah kena hantar hari ni. Yang tak bawak buku tu boleh pulak disuruh balik rumah pergi amek buku. Ustaz, rumah saya jauh lah, terpaksa hantar tahun depan. Sorry eheh dengan novel PAPA belum pulang. Haih macam-macam.
Tadi GILAX datang sekolah! Last year kitorang celebrate sama-sama after last paper PMR tapi hari ni dorang datang celebrate untuk kitorang yang last paper SMA. Walaupun tak semeriah macam tahun lepas tapi aku happy lah kitorang dapat kumpul balik, borak-borak, cerita sana cerita sini, gelak sama-sama. Just tahun ni takde photoshoot kat belakang Masjid Klang je haha lagipun ada yang takde tadi. Oh aku rindu tahun lepassss! Aku rasa kalau ada Atul, Suzie, Zera dengan Nadia tadi confirm kecoh punya haha. Bila KAUL berkumpul..... haha. Thanks korang! :D
Actually post ni aku type hari jumaat minggu lepas 16 haribulan. Disebabkan nak tunggu syasya upload gambar, baru aku post hari ni haha sumpah ketinggalan.
Assalamualaikum.
Minggu-minggu akhir
November 2, 2012 | 11/02/2012 05:44:00 AM | 0 comments
Assalamualaikum.
Dua hari berturut-turut kitorang ada Kemuncak Kokurikulum walaupun acaranya tak seberapa nak meriah. First day memang best sebab hang out dengan "Sisa Gilax" except Fida dengan Illyka yang tak datang. Share story, muhasabah diri sama-sama, kutuk PKBM sama-sama. Eh? kami KRS hahaha okay aku tanak cari gaduh. Ampun-ampun haha. Tengok perbarisan. Kami sokong PBSM! and perbarisan senior-senior form 5 memang best. Smart.
Second day agak boring. Duduk and tengok orang keluar amek hadiah. Boringggg~ aku, pyka, fida semua mula lah kaki gatal nak merayap eheh. Biasa lah. Hampir je mesin photostat rosak, tapi tak rosak pun okay. Sebelum rosak aku cabut dulu haha. Lagipun bukan aku yang buat. Aku dah larang dorang buat benda tu. Okay what ever. Tadi ada jugak form 4 dengan form 5 kena salam-salam dengan cikgu-cikgu. Acara wajib setiap tahun bagi yang amek exam besar. Nampak la senior-senior nangis. Yela dah la cikgunya kat depan dewan, apanya tak nampak. Segagah-gagah senior lelaki kitorang tu pun kecundang. Sampai berlebam-lebam mata. Okay aku tanak jadi macam tu tahun depan walaupun aku tahu aku akan nangis punya. Tsk.
Ni maybe last entry sebelum SMA. So mohon jasa baik korang semua doakan kitorang berjaya. Kalau berjaya insyaAllah peratus dapat pergi negara-negara Timur tinggi :) Tak lupa jugak untuk batch 95 yang amek SPM. Wish you guys good luck. Mudah-mudahan berjaya dalam exam, dunia, akhirat insyaAllah.
Psstt, Raya Raya
October 25, 2012 | 10/25/2012 09:50:00 PM | 0 comments
Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita dapat jumpa lagi dengan Aidiladha. Rasanya tahun ni lagi best dari tahun-tahun lepas kot. Rasa semangat dalam diri tu ada daripada dulu buat dont know je. Oh lupa,
Salam Aidiladha! Taqabbalallahu minna wa minkum. Moga hari raya diberkati dengan keredhaanNya. Jangan campurkan dengan kekufuran dan maksiat okeng? ;)
Petang hari ni dengan esok rumah akan jadi super busy. Makcik aku ada kat rumah so anak-anak dia semua datang rumah aku nak sambut raya sama-sama. Of course la ada masak-masak, and aku masih tercongok depan laptop update blog. Great. Good girl! Err.
Pagi tadi tengok TV9 Tanyalah Ustaz, ustaz tu cerita saat-saat Nabi Ibrahim nak sembelih anaknya Nabi Ismail. Sedih weh. Nabi Ibrahim dah asah pisau tu tajam-tajam tapi bila nak sembelih Nabi Ismail tak boleh, nampak macam tumpul padahal. Then Nabi Ismail cakap, "Ayah kuat lagi ayah!" Allah. Kalau kita tak mungkin macam tu, kalau boleh time tu jugak nak lari. Ya Allah kuatnya keimanan dorang kat Allah. Ashamed with myself.
So pengajarannya, kita mesti berkorban segalanya demi Allah. Itu yang membawa kepada ketaqwaan kepada Allah and of course Allah akan balas. Kalau tak kat dunia, besar ganjaran kat Akhirat nanti. Subhanallah.
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya..."
[at-Talaq,65:2-3]
Dah lama tak godek photoshop. Tsk. Takpe-takpe, lepas SMA godeklah sepuas-puasnya eheh.
Okay Assalamualaikum!
Ingkar
October 24, 2012 | 10/24/2012 05:50:00 AM | 0 comments
Trust Allah.
Assalamualaikum.
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya kemudian dia berpaling darinya? Sungguh Kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang berdosa." [As-Sajadah:22]
Cuba paham ayat ni dengan mata hati. Jangan gambarkan ayat ni untuk orang kafir, bayangkan kita yang digambarkan dalam ayat ni.
Automatic aku teringat, Allah suruh kita jangan mendekati zina, tapi kita dekat jugak. Tak ke kita dah tergolong dalam ayat yang disebutkan Allah ni? Allah! Bukan Allah suruh jangan dekat dengan zina je, Allah suruh kita jauhi semua larangan and memang la kita ikut tapi kita ni bukan syumul mesti ada silap somewhere. Mesti kita ada langgar larangan Allah, takut tak sempat bertaubat je. Allah dah gambarkan azab Neraka tu pedih. Setitik air menggelegak dalam Neraka, boleh menghancurkan satu bumi ni. Astagfirullah tak tertanggung.
Memang best kalau Allah gambarkan kita dalam golongan yang baik-baik dalam Al-Quran, tapi ni? tak. Malu dengan diri sendiri. Kata ummat Islam, tapi ada kita pernah hayati ayat-ayat Al-Quran? pernah cuba sehabis mungkin untuk menjauhi larangan Allah? Astagfirullah. Tunduk malu.
Assalamualaikum.
19 Oktober 2012
October 19, 2012 | 10/19/2012 04:49:00 AM | 2 comments
Assalamualaikum.
Peringatan: Jangan baca post ni separuh jalan, nanti korang buat spekulasi merapu dan terburu-buru. Ceh.
Awak awak awak. Ye saya cakap awak tapi saya tanak awak baca pun post ni haha okay sakai. Dari pagi tadi saya mengharap awak wish kat saya. Bila saya cakap dengan Pyka yang awak tak wish saya, dia kata positifkan minda, maybe nanti-nanti awak wish saya ke kan. Tapi sampai sekarang takde pun. Okay mungkin malam nanti? Kalau boleh saya tak nak pun perasaan ni, nampak macam pathetic but i can't help it. Okay bukan macam dah, memang pathetic pun. Saya tak tahu apa problem kita. Kadang-kadang saya terasa bila awak pandang saya, kita nampak awkward sangat-sangat atau saya je yang pikir macam tu? Apa-apa pun, terima kasih kehadiran awak tadi. I'm really appreciate that a lot ;')
Ayat last, macam separuh berani mati jugak la hoho.
Maaf, post ini tiada kaitan dengan makhluk yang ajnabi kepada saya, jantan-jantan berperangai serupa beruk, lelaki-lelaki tough serupa perempuan ayu di hujung kampung, kaum Adam yang berserban putih lagi pemalu dan seangkatan dengannya.
Thanks korang sanggup balik lambat sebab sambut birthday aku walaupun tade Ain, Bal, Sue, and the rest GILAX yang pindah. Aku appreciate sangat-sangat. Moga perhubungan kita berkekalan bertujuan hanya untuk mencari keredhaan Allah, InsyaAllah :)
Assalamualaikum.
Syahadatul Haq?
October 6, 2012 | 10/06/2012 07:24:00 AM | 0 comments
Assalamualaikum.
korang tahu tak maksud syahadatul haq tu apa? at first, aku pun tak tahu, sampai lah aku terjumpa satu video ni. meh aku share sikit apa tu syahadatul haq,
Syahadah - Penyaksian
Al-Haq - kebenaran
Syahadatul Haq memberi makna kepada penyaksian terhadap kebenaran.
"Syahadatul Haq bermaksud pengakuan sebenar tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah. Tetapi bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah hanya terlaksana apabila orang-orang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh banga manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil." credit
ha dah paham? okay meh aku tunjuk satu video yang buat aku tersentap then dihantui... ceh walaupun aku tahu video ni dah lama dari tahun lepas tapi aku baru tahu tadi so aku share lah hehe.
Ayat terakhir tuuu..... memang aku takut. Aku bayangkan semua orang kafir tanya aku kat Akhirat, kenapa aku tak kongsikan yang Islam itu indah, Islam itu ohsem, Islam itu cool? Aku bayangkan jugak, artis dulu yang aku puja gila-gila tu tanya aku kenapa and tarik aku ke Neraka sebab aku tak laksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.
Okay tak payah nak pikir panjang sangat, tengok kat sekeliling kita sudah. Family kita, sedara kita, kawan-kawan dikatakan sehidup semati kita tu, kalau dorang buat dosa, ada kita tegur dorang? lagi kita join adalah. Serious aku takut, lagi takut kena tanya dengan Allah. Allah dah bagi tanggungjawab kat kita, Allah dah bagi kepercayaan kat kita, kenapa kita tak laksanakan? Allah. Bila aku tegur dorang, aku takut dorang akan touching and tarik muka dengan aku, ataupun dorang cakap aku ni pikir bagus ke.
Assalamualaikum.
Its Ohsem!
September 28, 2012 | 9/28/2012 05:16:00 PM | 0 comments
Assalamualaikum.
Ya Allah dah lama sangat tinggalkan blog. Dari awal raya Puasa sampai nak raya Haji dah haha.
Minggu lepas aku dengan ain pergi motivasi. Yeah korang mesti pikir 'ala motivasi je pun, apa yang specialnya?' hey hey tak pergi mana korang tahu? memang best gilaaaaa. banyak sangat ilmu aku dapat Alhamdulillah. Actually dari 2 tahun lepas mak aku suruh pergi tapi disebabkan takda kawan so aku tangguh sampai someone setuju nak pergi dengan aku. Yess Ain'Afini hehe. Awal-awal memang la ada gaduh sikit, sakit kepala blablabla tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah.
Motivasi Alihan Pelajar (MAP Training) aku tak tahu lah korang pernah dengar ke tak, tapi memang best. Sebelum ni akak dengan abang aku pernah pergi, tu la mak aku suruh aku pergi jugak. Program tu buat 2 hari tapi tak stay kat situ lah, kitorang tidur kat hotel. Semuanya ayah Ain yang uruskan. Sumpah malu bila diingatkan balik. Apa taknya, dah menumpang dengan keluarga dia, ayah mak dia semua ada. Haih. Hari first tu memang bosan sikit lah, datang-datang dah kena marah, kena tengking tapi benda tu la yang aku takleh lupa. Memories kot haha. Bila time makan, solat ke serious sunyi sepi sangat sangat. Just aku dengan ain je borak-borak. Yela dorang semua mana kenal satu sama lain, lain la macam aku dengan Ain.
Aku paling tak boleh lupakan Cikgu Roshidi. Maybe sebab dia yang ajar kitorang paling lama berbanding motivator yang lain kot. Dr Tengku Asmadi tu pun jumpa last day hari Ahad hari tu and tak lupa jugak kat Ustaz Hakimi yang sumpah sporting plus lawak tu hehe. Memang banyak kali kena tengking, kena ugut semua ada tapi itu lah best. Orang melayu ni memang kena ugut baru buat, baru dengar kalau tak, harapan jela. Tapi dalam kena marah-marah tu, ada banyak benda lawak. Memang best sangat. Rindu nak jerit 'Bangkit Islam Bangkit!' ramai-ramai. Serious bila korang jerit benda tu kuat-kuat, automatic korang rasa semangat gila. Kitorang ada jugak nampak orang kena lempang depan mata haha tak sangka sangat.
Conclusion is tahun depan nak pergi lagi! haha. Actually lepas motivasi tu kena tinggalkan benda yang melalaikan 21 hari macam fb, twitter, tv blablabla. err blog termasuk kot? haha tapi aku tinggalkan sikit-sikit lah takde lah tinggalkan totally and Alhamdulillah hampir seminggu aku tak on twitter and fb and i'm proud with it haha first time ni tak bukak hampir seminggu. Pikir senang? haha
Got to go now.
Assalamualaikum.
Ramadhan say goodbye, Syaitan say hello. err?
August 17, 2012 | 8/17/2012 06:59:00 PM | 0 comments
Assalamualaikum.
Tajuk yang merepek dan nonsense. Abaikan.
Sejak laptop rosak ni, susah nak online. Kadang-kadang curi-curi online guna laptop abang atau along ataupun kalau bernasib baik, laptop yang rosak ni kadang-kadang boleh on. Nak online pun susah, ni apatah lagi nak update blog. Memang jauh sekali la kan tapi take it positive la, nak SMA. *mengeluh**kunci mulut*
Ramadhan dah nak tinggalkan kita. Rasa sekejap je kan? Ramadhan ni boleh dikatakan macam sebulan mak bagi duit tambahan dari RM2 sehari, jadi RM20 sehari walaupun puasa. Wahh siapa tak nak? peluang keemasan tu. Kalau kes macam tu, memang kita tak nak lepaskan tapi kenapa time Ramadhan ni kita tak terpikir macam tu? sebab pahala itu kita tak nampak padahal pahala itu la yang kita kejar kat Akhirat nanti. Aku takut jadi sebahagian orang-orang yang rugi macam Allah sebutkan dalam Al-Quran. Memang aku tahu, aku banyak habiskan masa time Ramadhan ni. Sepatutnya melipat kali gandakan amalan baik. Tambah lagi syaitan takde untuk menggoda kita. Entah tahun depan kita jumpa lagi ke tidak dengan Ramadhan Allahu'alam.
Raya memang kita patut happy, sebab Syawal ini satu kemenangan bagi umat Islam yang berpuasa sebulan. Nabi pun menyuruh kita gembira dan memakai baju baru. Tapi entah lah, orang Islam kat Malaysia ni macam melebihkan Raya dari Ramadhan. Teringin nak berpuasa dekat timur tengah, dengar kata kat sana happening je time Ramadhan and ramai yang sedih nak meninggalkan Ramadhan. InsyaAllah one day.
Raya tahun ni aku balik kampung lambat sikit dari tahun lepas. Dengan raya takde geng, sumpah bosan. Dengan ada trial SMA dua minggu lepas cuti ni. argh! sungguh malas. Keputusan Al-Azhar yang tidak memberangsangkan time exam dulu-dulu lagi meranapkan harapan aku nak menghafal cehh haha. Sepatutnya lagi bersemangat, ni tidak. haih. Aku rasa duit raya tahun ni akan berkurangan dari tahun lepas. Cukup lah tahun lepas duit raya dah sikit, ni sikit lagi. Takpe-takpe, rezeki Allah di mana-mana *wink wink*.
Dengan ini, aku nak minta maaf dekat semua yang kenal dengan aku. Kalau aku ada buat salah, terkutuk korang ke, terjeling ke, terasa hati dengan aku ke kan. Mohon ampun eh? Halalkan segala yang korang dah bagi dekat aku sengaja atau tak sengaja hehe. And! aku dah maafkan korang. haha perasan sungguh minah ni.
Jom sama-sama kita kekalkan ibadat yang kita lakukan time bulan puasa ni :) go go! hehe
Aku tak tahu bila lagi dapat update blog ni. So, to blog, Selamat Berhabuk haha. Kepada korang semua, Selamat Hari Raya!
Assalamualaikum.
"Ramadhan is like your best friend who you're tearfully saying goodbye to at the airport. You don't know if you'll ever see them again" - Twitter.
What a great movie!
July 27, 2012 | 7/27/2012 09:29:00 PM | 0 comments
so sweet Howl and Sophie :D
Assalamualaikum.
semalam aku tengok kat Disney Channel, cerita Howl's Moving Castle. serious cerita tu best gila. cerita kartun hehe. aku memang kurang sikit kalau cerita spell, witches blablabla. tapi aku tak tahu kenapa cerita ni best gila. hero dia, Howl handsome kot haha. habis cerita tu je, aku terus search kat internet. rupa-rupanya Howl's Moving Castle ni diambil dari novel Diana Wynne Jones. aku nak beli buku tu............. ada sesiapa boleh belikan tak? aku sanggup bayar haha.
serious best. dengan bayangkan muka Howl yang lagi handsome and menawan tu hahaha. aku nak nangis kot time Howl nak mati tu. semalam aku tengok cerita ni pun sorang-sorang kat rumah, memang feeling habis la kan. Storyline dia menarik apa. haih. aku nak beli buku tu pun aku tak tahu wujud lagi ke tak, sebab keluaran pertama tahun 1986 kot. and lagi satu problem, bila aku nak pegi kedai buku? haihhh. terpaksa tengok cover buku ni jela...
okay itu je sebenarnya. haha
Assalamualaikum.
1st Ramadhan 2012
July 21, 2012 | 7/21/2012 08:57:00 AM | 0 comments
Assalamualaikum.
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ni ! tak lambat kot aku cakap ni, yela kita puasa 29 hari, baru sehari puasa je kot. aku doakan sesiapa yang ada azam nak berubah tahun ni, mudah-mudahan istiqomah. yang belum dapat hidayah tu, insyaAllah. sebab hidayah tu dekat mana-mana, kita tinggal cari je. simple kan? *senyum lebar*
tiga hari lepas, syafikah ajak pergi dengar ceramah kat masjid Sementa, then mak pyka pun suruh ajak kawan-kawan. kitorang ape lagi, semangat bagi tahu dorang haha. just aku, pyka, ain, fida, illyka dengan alia je dapat pergi. suriya dengan bal tak boleh datang. ain najwa punn :( kesian ain, dia nak sangat pergi tapi takde transport walaupun rumah dia dalam area Sementa. aku dengan pyka datang dulu then baru alia, afida, ain dengan illyka. first-first ain dengan illyka keluar je dari kereta dah bising-bising sedangkan kitorang dah nak solat dah time tu haha. and ustazah bagi ceramah tu lawaaa maybe sebab ada Nur kat muka dia kot. sedap je mata memandang, bila la aku nak dapat macam tu eh? hehe.
salah satu ustazah cakap:
'ada yang tanya ustazah tadi, "kenapa tak boleh nangis eh? jeles la dengan orang boleh nangis" hati dah sebak tapi air mata tak keluar. itu la tanda hidayah dah menyelinap ke dalam hati. kalau kita lembutkan lagi hati kita, selalu buat solat-solat sunat, berzikir, dekat dengan Allah insyaAllah sekejap je air mata turun.'
then, syafikah siku aku. aku pun angguk-angguk jela. sebab memang aku terasa dengan statement ustazah tu. aku memang tak boleh nangis depan orang. aku tak tahu kenapa. kalau sorang-sorang boleh, siap takleh nak berhenti. kadang-kadang malu jugak kalau mak aku nampak mata lebam haha. tapi Alhamdulillah lah mak tak pernah tegur lagi hehe.
lepas habis je program tu, balik rumah aku. 6 orang dalam kereta kancil sekali gus. haha ain kena pangku pyka. serious riuh rumah aku dengan suara dorang. bilik sempit tapi 6 orang kat dalam tu. tiga orang layan laptop, dua orang berborak sakan macam tak ingat dunia, sorang lagi tidur dengan muka lagi suci and ayu. err. haha pandai-pandai la korang agak mana satu orang-orang tersebut haha.
andd yess setiap kali kawan datang rumah aku, tidak dilupai webcam. haha lagi jadi huru hara lah. macam-macam pose. ala macam orang batak dapat kamera, ha lebih kurang la tuh haha. orang puasa diam je, kitorang *mengeluh* macam apa tah. bising gila haha.

spontaneous time ni. semua tak ready. entah sape yang tekan aku pun tak ingat.

niqabis wannabe :D insyaAllah aminn.
sorry low quality, laptop murah huhu. actually banyak lagi gambar, tapi takpe lah *mengeluh lagi* biar untuk jadi tatapan kitorang sendiri jela haha. eh eh one more, jangan tinggal puasa tahun ni yer *wink wink*
Assalamualaikum.
I’M TOO BUSY
July 7, 2012 | 7/07/2012 07:41:00 AM | 0 comments
Everyday as i wake up at dawn
My mind start working the moment i yawn
There were many things to do, O dear!
That’s why i hastily did my Subuh prayer
I didn’t have the time to sit longer to praise the Lord
To me rushing out after prayer is nothing odd…
Since school, i had been busy every minute
Completing my tutorials and handing it in
My study took up most of my time always
No time did i have to Allah to pray
Too many things to do and zikir is rare
For Allah, I really had no time to spare..
When i grew up and started my career
Working all day to secure my future
When I reached home, I prefered to have fun
I chatted on the phone but i didn’t read the Quran
I spent too much time surfing the Internet
Sad to say, my faith was falling flat…
The only time i have left is weekends
During which i prefer window shopping with friends
I couldn’t spare time to go to the mosque
I’m too busy, that’s the BIG EXCUSE…
I did my five prayers but did so quickly
After prayer, I didn’t sit longer to reflect quietly
I didn’t have time to help the needy ones
I was loaded with work as my precious time runs
No time at all to visit a sick Muslim friend
To orphans and elderly, I hardly lent a hand
I’m too busy to do community service
When there were gatherings, I helped the least
My life was already full of stress
So i didn’t counsel a Muslim in distress
I didn’t spend much time with my family
B’coz i thought, doing so is a waste of time…
No time to share with non-Muslim about Islam
Even though I know, inviting causes no harm
No time to do Sunnah prayers at all
All these contribute to my imaan’s fall..
I’m busy here and busy there
I’ve no time at all, that’s all i care
I went for religious lessons, just once in awhile
Coz i’m too busy making a pile…
I worked all day and i slept all night
Too tired for Tahajjud and it seemed not right
To me, earning a living was already tough
So i only did basic deeds but that’s not enough..
No time at all, to admire God’s creation
No time to praise All_h and seek His Compassion
Although I know how short is my life
For Islam, I really didn’t strive..
Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with my Life’s History
I feel so guilty b’coz i should have prayed more
Isn’t that what a Muslim lives for?
To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us all to read..
Now at Judgement Day, I’m starting to fret
I’ve wasted my life but it’s too late to regret
My entry to Paradise depend on my good behaviour
But i’ve not done enough nor did proper prayer
My “good deed book” is given from my right
An angel opened my “book” and read out my plight.
Then the angel chided me….
“O You Muslim servant, you are the one,
Who is given enough time, yet not much is done
Do you know that your faith is loose?
Saying “no time” is only an excuse.
Your “good deed book” should be filled up more
With all the good work you stood up for..
Hence, I only recorded those little good deeds
As I say this, I know your eyes will mist..
I was about to write some more, you see
But i did not have, ” THE TIME ” to list …….
adapted from Pearls of Naseeha.
//tersentap aku baca ni :'( Astagfirullah~
































