Nabihah Said
Follow

For The First Time! Wootttt
March 9, 2013 | 3/09/2013 03:26:00 AM | 3 comments

Assalamualaikum.
Dah lama tak update blog. Okay tak kesah pun haha.
Tadi kan aku join usrah! Huh. Finally, selepas 2 kali usrah terpaksa skip sebab takde transport. And hari ni  pun ada jugak ujian yang perlu aku tempoh tapi takpe sebab overall alhamdulillah best! Dari pagi kot tercongok kat masjid tu, nampak tak semangatnya kami hari ni haha takde lah. Jealous tengok dorang qiam kat rumah Illyka semalam. Bila tengok dorang amek gambar segala, lagi lah. Haih.

Aku, Pyka, Alia dengan Farzana budak usrah baru, nasib baik takde sesi taaruf. //sorry, agak tak suka bila taaruf, sebab aku malu hahaha. Tajuk hari ni pasal riak. Yes of course lah terasa. Ni lah salah satu dugaan besar yang perlu dihadapi orang baru merangkak dalam alam ni. Susah nak elak. Kak Nisa kata cepat-cepat istighfar bila ada orang puji. Bukan tanak terima pujian tu, just nak luruskan hati kita dari riak and tanak syaitan lagi datang hasut kita.

Tadi kitorang sambut birthday Kak Nisa dengan Maisara. Kak Nisa beli kek. Whipped creamnya tak muak, sedap makan dengan satay. Okay abaikan haha. Inche Gabbana selalu cakap bila first time tengok geng-geng usrah dia, terus jatuh sayang kat dorang. And for the first time aku dapat rasa macam tu. Rasa sayang. And lagi satu, dorang tu kawan aku jugak mestilah lagi ketat-ketat aku sayang! haha. Btw, Faiqah and Ain, thanks for the pictures. *wink*
Assalamualaikum.

← Older Post | Newer Post →
Welcome

Assalamualaikum, thanks for the visit and do come again :)

About Links Entries
Tagboard
Be nice please? Thank you!