Nabihah Said
Follow

Syahadatul Haq?
October 6, 2012 | 10/06/2012 07:24:00 AM | 0 comments

Assalamualaikum.
korang tahu tak maksud syahadatul haq tu apa? at first, aku pun tak tahu, sampai lah aku terjumpa satu video ni. meh aku share sikit apa tu syahadatul haq,

Syahadah - Penyaksian
Al-Haq - kebenaran
Syahadatul Haq memberi makna kepada penyaksian terhadap kebenaran.

"Syahadatul Haq bermaksud pengakuan sebenar tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah. Tetapi bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah hanya terlaksana apabila orang-orang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh banga manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil." credit

ha dah paham? okay meh aku tunjuk satu video yang buat aku tersentap then dihantui... ceh walaupun aku tahu video ni dah lama dari tahun lepas tapi aku baru tahu tadi so aku share lah hehe.


Ayat terakhir tuuu..... memang aku takut. Aku bayangkan semua orang kafir tanya aku kat Akhirat, kenapa aku tak kongsikan yang Islam itu indah, Islam itu ohsem, Islam itu cool? Aku bayangkan jugak, artis dulu yang aku puja gila-gila tu tanya aku kenapa and tarik aku ke Neraka sebab aku tak laksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.

Okay tak payah nak pikir panjang sangat, tengok kat sekeliling kita sudah. Family kita, sedara kita, kawan-kawan dikatakan sehidup semati kita tu, kalau dorang buat dosa, ada kita tegur dorang? lagi kita join adalah. Serious aku takut, lagi takut kena tanya dengan Allah. Allah dah bagi tanggungjawab kat kita, Allah dah bagi kepercayaan kat kita, kenapa kita tak laksanakan? Allah. Bila aku tegur dorang, aku takut dorang akan touching and tarik muka dengan aku, ataupun dorang cakap aku ni pikir bagus ke.

Allah Nab! apasal ko nak pikir pandangan dorang! Pikirkan pandangan Allah! okay aku cakap sorang-sorang hahaha. Aku sendiri pening macam mana nak buat. Even Nabi pun kesian tengok orang kafir yang mati sebelum dapat Hidayah Allah, kita ni lagi suka tengok dorang mati. Padahal satu masa nanti, dia yang kita happy sangat mati tu yang cari kita kat Akhirat. Semoga Allah berikan kita semua petunjuk untuk menjadi seorang khalifah yang melaksanakan tanggungjawab dalam masa yang sama memperkuatkan lagi spirituality dalam diri kita InsyaAllah.
Assalamualaikum.

← Older Post | Newer Post →
Welcome

Assalamualaikum, thanks for the visit and do come again :)

About Links Entries
Tagboard
Be nice please? Thank you!